Friday, November 5, 2010

Majlis Berbuka Puasa


Assalamualaikum wbt,

Ramai jemaah yang menghadirkan diri bersama-sama berbuka puasa dan memberikan sedikit bantuan kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal di Taman mantau ini.



Pengerusi Taman mantau Indah memberikan kata-kata ucapan pembukaan untuk sesi menyampaikan bantuan kepada semua anak yatim dan ibu tunggal.





Wednesday, November 3, 2010

Latar Belakang Pembinaan SURAU AL-AMIN




Assalamualaikum Semua,
Taman Mantau Indah 1 & 2 ini mula dihuni pada tahun 2005 dengan mempunyai 650 buah rumah dan buat masa sekarang ini dihuni seramai 468 buah keluarga yg menduduki disini. Majoritinya adalah penduduk Islam manakala selebihnya adalah berbangsa India dan Cina. Tercetusnya pembinaan Surau AL-AMIN ini bermula dari Mantan Pengerusi Penduduk iaitu En Abdullah Md Shah atau lebih dikenali sebagai (Cikgu DOllah) dengan melantik AJK Pembinaan Surau AL-AMIN ini untuk menggerakkan mencari dana memandangkan ketika itu kita kekurangan modal untuk membuatnya. Kemudian jawatan pengerusi surau diserahkan kepada Haji Ahmad Nordin bin Hassan untuk menerajui pembinaan surau ini.
Berkat usaha Pengerusi Taman yang baru iaitu Tuan Umar bin Othman sebagai pengerusi taman yang baru selepas sepakat memilih beliau untuk menerajui Taman Mantau Indah. Gabungan yang mantap antara Tuan Umar dan Haji Ahmad Nordin terbinannya SURAU AL-AMIN pada bulan puasa 2010 dan sempatlah kami berterawih di Surau yang baru. Walaubagaimana pun, kita memerlukan sedikit dana lagi bagi melengkapkan Surau ini bagi melicinkan aktiviti surau. Antaranya ialah pagar keselamatan disekeliling kawasan surau, sistem perparitan yang teratur, sistem penghawa dingin di dalam surau, meratakan sekeliling kawasan surau yang berbecak diakibatkan kerja2 selepas pembinaan surau. Jika diikutkan, kami juga ingin mempunyai tempat pengurusan jenazah sendiri memandangkan surau atau masjid yang berdekatan dengan taman kami agak jauh dan disini elok kami mempunyai sendiri. Jika ada Hamba Allah yang terbaca artikel ini yang ingin memberi derma bolehlah menyalurkan derma terus ke akaun kami

Nama Akaun = Surau AL-AMIN Taman Mantau Indah 1 & 2
NO akaun = 05010003352715 (Bank Muamalat Seremban)

Salinan akaun kami sertakan disini untuk rujukan tuan dan puan. Ribuan Terima kasih